Galaxy P30 Dan Galaxy P30+ Mungkin Menjadi Model Pertama Keluaran Samsung Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Comments Off on Galaxy P30 Dan Galaxy P30+ Mungkin Menjadi Model Pertama Keluaran Samsung Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin

Samsung sebelum ini telah dilaporkan akan memperkenalkan teknologi pengimbas cap jari pada skrin dengan kemunculan model Galaxy S10. Tetapi berdasarkan pendedahan yang mula dikongsikan di Internet, Samsung telah dikatakan akan memperkenalkan teknologi itu lebih awal melalui pelancaran siri baharu iaitu Galaxy P tidak lama lagi.

Tindakan ini dibuat sebagai respons Samsung untuk menyaingi pengeluar telefon pintar dari China seperti Huawei, Vivo dan juga OPPO yang sudahpun melancarkan pelbagai model dengan teknologi pengimbas cap jari pada skrin. Bagi menyahut cabaran itu, Samsung akan memperkenalkan dua model terbaharunya iaitu Galaxy P30 dan juga Galaxy P30+.

Samsung juga sebelum ini telah melancarkan Samsung Galaxy A7 (2018) dengan sokongan tiga kamera.

Namun berbeza dengan teknologi sensor pengimbas cap jari pada skrin menggunakan ultrasonik yang akan digunakan pada Galaxy S10, kedua-dua model dari siri Galaxy P ini akan menggunakan sensor pengimbas cap jari pada skrin jenis optikal di bawah panel LCD. Malah penawaran Galaxy P30 dan Galaxy P30+ ini juga dilaporkan terhad untuk pasaran di China sahaja.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend