Fungsi ‘Wireless Reverse Charging’ dan Cara Menggunakannya Pada Huawei P30 Pro atau Mate 20 Pro Comments Off on Fungsi ‘Wireless Reverse Charging’ dan Cara Menggunakannya Pada Huawei P30 Pro atau Mate 20 Pro 198

Huawei sering menampilkan pelbagai inovasi terhadap peranti yang diperkenalkannya, dan ini jelas dapat dilihat pada keupayaan penggambaran pada siri P dan juga siri Mate yang boleh dikatakan antara yang terbaik di pasaran. Bahkan ia turut diperakui oleh DxOMark yang meletakkan peranti Huawei P30 Pro dan Mate 20 Pro di kedudukan tiga peranti terbaik.

Selain kamera, satu lagi fungsi yang mendapat perhatian ramai adalah teknologi ‘Wireless Reverse Charging’ yang membolehkan anda menggunakan peranti Huawei terpilih untuk mengecas peranti lain dengan lebih mudah. Jadi sekiranya anda memiliki Huawei P30 Pro ataupun Mate 20 Pro, pernahkah anda mencubanya?!

Apa itu fungsi ‘Wireless Reverse Charging’ yang diperkenalkan oleh Huawei?!

Untuk pengetahuan anda, fungsi ‘Wireless Reverse Charging’ merupakan teknologi atau kaedah inovasi yang diperkenalkan oleh Huawei buat pertama kalinya pada model Mate 20 Pro pada Oktober 2018 yang lalu. Melalui fungsi ini, anda boleh menggunakan Mate 20 Pro ataupun P30 Pro yang masing-masing menyokong bateri berkapasiti 4,200 mAh untuk mengecas peranti lain tanpa sambungan kabel.

Namun begitu, proses pengecasan menggunakan fungsi ‘Wireless Reverse Charging’ pada peranti Huawei yang terpilih ini hanya boleh digunakan untuk mengecas peranti lain yang juga turut menyokong teknologi pengecasan tanpa wayar. Apa yang pasti, fungsi pengecasan sebegini sememangnya sangat praktikal untuk anda mengecas aksesori yang dikuasakan dengan kapasiti bateri yang lebih kecil.

Cara untuk mengaktifkan fungsi ‘Wireless Reverse Charging’:


Sebelum menggunakan fungsi ‘Wireless Reverse Charging’ pada P30 Pro ataupun Mate 20 Pro, anda terlebih dahulu perlu mengaktifkan fungsi tersebut secara manual. Untuk pengaktifan, akses Settings → Battery → klik pada butang Wireless reverse charging.

Peranti akan menyahaktifkan fungsi secara automatik


Sekiranya peranti mengesan bahawa fungsi ‘Wireless Reverse Charging’ tidak lagi digunakan untuk tempoh melebihi dua minit, secara automatik fungsi itu akan dinyahaktifkan secara automatik. Malah notifikasi pemberitahuan juga akan turut dipaparkan pada skrin peranti anda.

Cara menggunakan Huawei ‘Wireless Reverse Charging’

  • Pastikan Huawei P30 Pro atau Mate 20 Pro anda memiliki peratusan bateri sekurang-kurangnya 20%, bagi membolehkan fungsi ini diaktifkan.
  • Sebelum memulakan proses pengecasan, peranti yang akan dicas hendaklah dihidupkan atau berada dalam mod standby.
  • Letakkan bahagian belakang kedua-dua peranti dengan rapat bagi memastikan proses pengecasan dimulakan (rujuk buku manual untuk mengetahui kedudukan untuk menggunakan pengecasan tanpa wayar). Elakkan daripada menggerakkan kedua-dua peranti bagi memastikan proses pengecasan tidak terhenti.

  • Sekiranya proses pengecasan tidak berlaku selepas lima saat, ubah kedudukan peranti untuk memulakan proses pengecasan.
  • Apabila proses pengecasan dijalankan, anda boleh melihat ikon ‘Wireless Reverse Charging’ di ruangan status.

Nota penting berhubung fungsi Huawei ‘Wireless Reverse Charging’

  • Jangan letakkan sebarang objek yang mengandungi logam di antara kedua-dua peranti ketika proses pengecasan sedang berjalan. Elakkan juga meletakkan peranti yang telah diaktifkan fungsi ‘Wireless Reverse Charging’ di atas permukaan ataupun objek logam.
  • Apabila fungsi ini diaktifkan dan peranti diletakkan di atas pad pengecasan tanpa wayar, fungsi ‘Wireless Reverse Charging’ akan ditutup secara automatik, dan peranti akan dicas seperti biasa.
  • Sekiranya fungsi ini telah diaktifkan pada kedua-dua peranti yang menyokong fungsi ‘Wireless Reverse Charging’ dan diletakkan dalam posisi pengecasan, salah satu daripada peranti akan menutup fungsi itu secara automatik. Manakala peranti satu lagi akan mengecas seperti biasa.
  • Fungsi ini sebenarnya sangat sesuai digunakan dalam saat kecemasan iaitu di saat sukar untuk mencari soket untuk sambungan palam kuasa ataupun tiada powerbank.

Miliki Huawei P30 Pro atau Mate 20 Pro sempena ‘Huawei Online Official Store 5th Birthday Celebration’:

Baca juga:

Nikmati Diskaun Sehingga 80% Sempena Ulang Tahun Ke-5 ‘Huawei Online Official Store’ – 22 Hingga 12 Mei 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend