Fungsi Popular Pada Waze Kini Diperkenalkan Dalam Aplikasi Google Maps Untuk Peranti Android Dan iOS Comments Off on Fungsi Popular Pada Waze Kini Diperkenalkan Dalam Aplikasi Google Maps Untuk Peranti Android Dan iOS 171

Tidak dinafikan bahawa peranti Android dan iOS masing-masing memiliki aplikasi navigasi peta alternatif seperti Waze dan Google Maps. Namun begitu, masih ada di antara pengguna yang lebih gemar untuk menggunakan aplikasi navigasi Google Maps.

Bagi memastikan pengalaman navigasi yang lebih baik dan lancar, kini Google telah memperkenalkan fungsi popular pada Waze dalam aplikasi Google Maps untuk peranti Android dan iOS. Kini pengguna Google Maps sudah boleh membuat laporan langsung berhubung kemalangan, perangkap had kelajuan, dan juga kesesakan trafik terus melalui telefon pintar mereka.

Malah pengguna Google Maps pada peranti Android dan iOS juga sudah boleh memilih empat jenis laporan berbeza seperti pembinaan, penutupan jalan, kenderaan rosak, ataupun objek di atas jalan.

Fungsi baharu ini dilaporkan tersedia untuk dimuat turun secara global pada peranti Android dan juga iOS bermula minggu ini.

Antaramuka fungsi membuat laporan pada Google Maps:

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend