Fungsi Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin Pada Huawei P30 Pro Diperlihatkan Dalam Video Pendek Comments Off on Fungsi Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin Pada Huawei P30 Pro Diperlihatkan Dalam Video Pendek

Tinggal kurang seminggu sahaja lagi siri Huawei P30 dilancarkan secara rasmi di Paris pada 26 Mac, kini sebuah video pendek telah dikongsikan di Internet yang memperlihatkan sokongan fungsi pengimbas cap jari dalam skrin pada Huawei P30 Pro. Melalui perkongsian ini ia sekaligus mengesahkan sokongan fungsi tersebut pada model ini.

Selain daripada perkongsian video pendek berdurasi 10 saat itu, imej sebenar yang dikongsikan turut memperlihatkan rekaan panel skrin Huawei P30 Pro. Berdasarkan imej yang dikongsikan itu, Huawei P30 Pro dilihat menyokong rekaan takuk berbentuk U dengan saiz bezel yang agak nipis secara keseluruhannya.

Baca juga:

Siri Huawei P30 Disahkan Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 26 Mac 2019 Di Paris

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend