Fungsi ‘PayDirect’ Pada eDompet Touch ‘n Go Kini Diperluaskan Di MEX dan Grand Sepadu Comments Off on Fungsi ‘PayDirect’ Pada eDompet Touch ‘n Go Kini Diperluaskan Di MEX dan Grand Sepadu 672

Bagi menggalakkan penggunaan eDompet Touch ‘n Go di kalangan pemandu di negara ini, TNG Digital sebelum ini telahpun memperkenalkan kaedah pembayaran ‘PayDirect’ yang mampu melancarkan perjalanan. Ini kerana anda tidak lagi perlu membuat tambah nilai pada kad TNG, sebaliknya caj yang dikenakan akan terus ditolak daripada baki eDompet Touch ‘n Go.

Cara mengaktifkan ‘PayDirect’ pada telefon pintar Android atau iOS.

Baru-baru ini TNG Digital dilihat telah menambah dua lagi lebuhraya di sekitar Lembah Klang untuk menyokong ‘PayDirect’ iaitu Maju Expressway (MEX) dan juga Lebuhraya Grand Sepadu (Grand Sepadu). Ini sekaligus menjadikan tujuh lebuhraya telah menyokong pembayaran ‘PayDirect’ termasuklah DUKE, LKSA, SMART, GCE, dan juga SILK.

Anda juga boleh menikmati 20% rebat tol apabila mengaktifkan fungsi ‘PayDirect’ untuk 10 perjalanan di lebuhraya yang terlibat, dan anda akan menikmati 5 kali rebat tambahan (sehingga 50 kali) bagi setiap rakan yang mendaftar menggunakan kod rujukan yang dikongsikan oleh anda.

TNG Digital juga telah mengesahkan untuk turut memperkenalkan fungsi ‘PayDirect’ ini di sembilan lagi lebuhraya di sekitar Lembah Klang pada masa akan datang seperti berikut:

  • Ampang – Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH)
  • Besraya Expressway (BESRAYA)
  • Cheras – Kajang Highway (GRANDSAGA)
  • Damansara – Puchong Expressway (LDP)
  • Kuala Lumpur – Karak Expressway (KLK)
  • Kuala Lumpur – Kuala Selangor Expressway (LATAR)
  • New Pantai Expressway (NPE)
  • Shah Alam Expressway (KESAS)
  • Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)

Untuk menggunakan ‘PayDirect’ di lebuhraya yang terlibat, anda hanya perlu memuat turun aplikasi eDompet Touch ‘n Go dan daftarkan kad TNG anda pada aplikasi tersebut. Proses tambah nilai baki boleh dibuat terus melalui aplikasi eDompet Touch ‘n Go menggunakan FPX ataupun kad kredit/debit.

Muat turun aplikasi eDompet Touch ‘n Go:

Baca juga:

Bayar Guna Touch n’ Go eWallet Dan Dapatkan Minuman Tealive Pada Harga RM2.50

RFID Percuma Sedang Diedarkan Sepanjang April Ini – Dapatkannya Di 9 Lokasi Sekitar Selangor Dan KL

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend