Fungsi Baharu MIUI 12 Diperlihatkan, Antaranya Bar Navigasi Skrin Mirip iOS Comments Off on Fungsi Baharu MIUI 12 Diperlihatkan, Antaranya Bar Navigasi Skrin Mirip iOS

Berbeza dengan kebanyakan pengeluar lain, nombor versi kemas kini yang diperkenalkan oleh Xiaomi tidak mengikut versi kemas kini utama Android.

Menurut Xiaomi, pembangunan MIUI 11 yang telah diperkenalkan pada September tahun lepas akan dihentikan bagi memberi ruang untuk membangunkan kemas kini baharu iaitu MIUI 12.

Berdasarkan perkongsian yang di Internet, beberapa fungsi baharu MIUI 12 telahpun didedahkan. Berikut adalah fungsi menarik yang akan disokong oleh antaramuka baharu itu:

1. Bar navigasi dan kawalan skrin diperbaharui

Berbeza dengan bar navigasi pada MIUI 11, Xiaomi dilihat telah memperkenalkan bar navigasi yang telah diperbaharui untuk MIUI 12. Namun begitu rekaan bar navigasi ini dilihat bukan sahaja mirip seperti iOS, tetapi ia juga turut menyokong fungsi penukaran pantas aplikasi melalui kaedah leretan pada kiri atau kanan bar yang juga sama seperti di iOS.

2. Fungsi ‘Multitasking’ dengan animasi baharu

Paparan tetingkap multitasking pada MIUI 12 juga telah diperbaharui dengan gaya yang berbeza. Menariknya gaya animasi untuk memaparkan multitasking juga turut menampilkan kelainan.

3. Antaramuka kamera baharu

Berikutan daripada sokongan lensa yang semakin bertambah dari masa ke semasa, antaramuka kamera pada MIUI 12 juga telah diubah suai untuk kesesuaian peranti dengan sokongan lensa yang banyak. Malah lebih banyak ciri penggambaran baharu akan turut diperkenalkan.

4. Sokongan mod gelap menyeluruh

Mod gelap telahpun diperkenalkan melalui kemas kini MIUI 11, tetapi fungsi itu dilihat tidak begitu sempurna. Jadi dengan MIUI 12, fungsi mod gelap akan diperbaiki agar menyokong lebih banyak aplikasi sistem dengan sentuhan mod gelap yang lebih sempurna.

5. Sistem notifikasi baharu

Bagi memastikan kesempurnaan ruangan notifikasi yang mampu memastikan pengalaman yang lebih baik, MIUI 12 telah menampilkan sistem pengurusan notifikasi yang telah diubah sepenuhnya. Setiap notifikasi akan dipaparkan dalam bentuk tetingkap dan kandungan mesej juga kini lebih mudah untuk dibaca.

sumber, melalui

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend