Fouziah Gous Antara Selebriti Tempatan Yang Mempromosikan Huawei Mate 20 Comments Off on Fouziah Gous Antara Selebriti Tempatan Yang Mempromosikan Huawei Mate 20

Huawei Malaysia hari ini menerbitkan empat video berdurasi pendek dalam mempromosikan Huawei Mate 20 yang tidak lama lagi akan dilancarkan. Setiap satu video menampilkan individu terkenal termasuklah dua daripadanya selebriti tempatan.

Selain Fouziah Gaus dan Dato’ Fazley Yaakob, dua lagi individu yang berkongsi keterujaan ialah Dr. Say dan Nurul Zulkifli. Keempat-empat daripada mereka nampaknya cuba mengetengahkan kebolehan cip pemproses Kirin 980.

Kita sedia maklum, Kirin 980 dilengkapi dengan teknologi dwi NPU yang mampu memproses data seumpama dua otak. Berbanding satu NPU pada Kirin 970, barisan peranti Huawei Mate 20 mungkin akan menjadi antara peranti yang paling berkuasa di pasaran kelak.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend