Foto Dipercayai Diambil Daripada Huawei P30 Pro Mula Tersebar Comments Off on Foto Dipercayai Diambil Daripada Huawei P30 Pro Mula Tersebar 600

Siri Huawei P30 telah sah dilancarkan pada 26 Mac 2019 di Paris melalui satu video ringkas yang mula tersebar sejak semalam. Bagaimanapun rekaan peranti ini telahpun tertiris awal menerusi laman rasmi Spigen pada awal bulan ini. Hari ini pula, CEO Huawei sendiri telah berkongsi sampel foto menggunakan kamera dipercayai diambil daripada Huawei P30 Pro.

Foto yang dikongsikan di laman Weibo miliknya memperlihatkan foto bulan yang diambil bersempena festival tanglung di sana. Apa yang mencuri perhatian adalah tera air yang diletakkan, ia tertera dengan perkataan Huawei tetapi modelnya telah dikaburkan. Memandangkan jarak antara jenama dengan model agak dekat, kami yakin ia merujuk kepada Huawei P30 Pro.

Selain daripada itu, apa yang turut dikaburkan adalah baris perkataan bawah iaitu “QU_” yang dipercayai merujuk kepada perkataan “QUAD”. Ini bermakna Huawei P30 Pro memang sah hadir dengan empat kamera di belakang.

Huawei P30 Pro didakwa menggunakan modul kamera periskop yang membolehkan kamera membuat zoom lebih jauh berbanding generasi terdahulu. Salah satu sensor juga dikatakan hadir dengan lensa sudut lebar serta ia turut dilengkapi satu lagi sensor berteknologi ToF. Peranti ini dilaporkan menjadi telefon pintar pertama di dunia yang dilengkapi sensor Sony IMX607 38MP.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend