Fossil Lancar Dua Model Jam Tangan Pintar Generasi Ke-4, Dikuasakan Dengan Qualcomm Snapdragon 2100 Comments Off on Fossil Lancar Dua Model Jam Tangan Pintar Generasi Ke-4, Dikuasakan Dengan Qualcomm Snapdragon 2100

Hari ini secara rasminya Fossil telah melancarkan dua lagi model jam tangan pintar keluarannya iaitu dari siri Q dengan kemunculan Fossil Q Venture HR dan juga Fossil Q Explorist HR. Dikuasakan dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 2100 terbaru bagi menggantikan pemproses Qualcomm Snapdragon 400, SoC baharu ini menjanjikan rekaan yang lebih nipis dan dalam masa yang sama 25% lebih jimat tenaga.

Fossil Q Explorist HR

Generasi keempat jam tangan pintar dari Fossil ini turut membawakan beberapa peningkatan spesifikasi yang lebih baik seperti hadir dengan sokongan penjejakan kadar degupan jantung, sambungan NFC, keupayaan untethered GPS yang membolehkan penjejakan larian, berbasikal atau aktiviti seumpamanya dibuat tanpa sambungan telefon pintar, dan juga boleh digunakan ketika berenang.

Kedua-dua model terbaru dari Fossil ini juga turut didatangkan dengan 36 muka jam baharu yang eksklusif dan ia menjanjikan ketahanan bateri sekurang-kurangnya 24 jam.

Fossil Q Venture HR

Fossil Q Venture HR dan juga Fossil Q Explorist HR akan dijual pada harga antara USD255 (kira-kira RM1,040) dan USD275 (kira-kira RM1,122). Ia boleh disambungkan ke peranti iOS 9.3 (ke atas) dan juga Android 4.4 KitKat (ke atas), kecuali Android Go.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend