Forza Street Kini Sudah Boleh Dimuat Turun Pada Peranti Android Dan iOS Comments Off on Forza Street Kini Sudah Boleh Dimuat Turun Pada Peranti Android Dan iOS

Bagi anda yang meminati permainan Forza Street yang sebelum ini boleh dimainkan secara percuma di platform Windows 10, kini Microsoft Corporation telahpun melepaskan versi mudah alih permainan tersebut untuk peranti Android dan iOS.

Forza Street merupakan permainan perlumbaan kereta jalanan yang berlokasi di Miami, dan objektif permainan adalah mudah iaitu mengumpul pelbagai model kereta ikonik dari pelbagai era, dan naik taraf untuk mencapai peringkat tertinggi.

Menariknya bermula sekarang sehingga 5 Jun nanti, pemain yang memuat turun permainan ini akan menerima kereta Ford GT secara percuma, kredit permainan esktra dan banyak lagi ganjaran hebat lain.

Manakala untuk pemilik peranti Samsung yang memuat turun Forza Street melalui Galaxy Store pula akan menerima Ford Mustang GT 2015 dengan sentuhan cat bertemakan galaksi. Pemilik siri Galaxy S20 pula akan menerima Chevrolet Corvette Z06.

Rekod permainan Forza Street untuk peranti Android dan iOS ini boleh disambungkan dengan akaun Xbox Live, bagi memastikan rekod pencapaian permainan anda boleh disimpan dalam platform berbeza.

Muat turun permainan Forza Street:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend