Fortsense Perkenal Teknologi Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin Untuk Panel LCD Pertama Di Dunia Comments Off on Fortsense Perkenal Teknologi Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin Untuk Panel LCD Pertama Di Dunia 286

Teknologi pengimbas cap jari di dalam skrin boleh dianggap satu inovasi baharu yang mendapat perhatian ramai, tetapi teknologi ini hanya mampu diperkenalkan pada peranti dengan sokongan panel skrin berasaskan OLED sahaja. Batasan sebegini sekaligus turut memberi kesan terhadap harga jualan sesebuah peranti di pasaran.

Menariknya baru-baru ini Fortsense telah menemui penyelesaian terbaik dengan mengumumkan kemunculan teknologi pengimbas cap jari dalam skrin untuk panel LCD yang pertama di dunia. Berdasarkan laporan R&D yang dikongsikan, mereka telah berjaya mempertingkatkan keupayaan backlight pada panel LCD dan dalam masa sama mampu mengatasi isu yang dihadapi.

Melalui adaptasi algoritma rangkaian pembelajaran neural yang lebih mendalam, keupayaan imbasan cap jari pada panel LCD dikatakan setanding dengan kadar imbasan menggunakan sensor pengimbas cap jari kapasitif konvensional. Malah teknologi ini juga dikatakan memiliki kelebihan berbanding panel OLED kerana ia boleh dihasilkan dengan kos yang jauh lebih murah.

Walau bagaimanapun, teknologi ini masih di peringkat awal dan ia memerlukan masa untuk diintegrasikan pada telefon pintar untuk beroperasi dengan sempurna. Apa yang pasti, penemuan ini sudah tentunya akan mendorong lebih banyak pengeluar untuk menawarkannya pada peranti keluaran mereka pada masa akan datang.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend