Fortnite Untuk Android Akan Dilancarkan Bersama Samsung Galaxy Note 9 Comments Off on Fortnite Untuk Android Akan Dilancarkan Bersama Samsung Galaxy Note 9

Fenomena permainan Battle Royale yang merebak ke seluruh dunia menjadikan permintaan daripada pengguna semakin meningkat. Jika dulu genre ini hanya dimainkan di komputer kini kebanyakan pemain telah beralih ke telefon pintar termasuklah permainan popular Fortnite.

Dikhabarkan Fortnite akan bertemu pengguna Android bersama-sama pelancaran Galaxy Note 9 nanti. Kenapa permainan ini dilancarkan pada hari yang sama peranti induk Samsung dilancarkan, jawapannya ialah Samsung dan pembangun Fortnite, Epic Game dipercayai telah menandatangani satu kontrak eksklusif. Kalau dengar eksklusif korang dah boleh jangka ia hanya akan ditawarkan pada Galaxy Note 9 sahaja. Ya, ia hanya boleh dimainkan di peranti Galaxy Note 9 dalam tempoh 30 hari. Selepas itu, kontrak ini akan terbatal dan pengguna Android yang lain mungkin berpeluang untuk memuat turun di telefon pintar masing-masing.

Baca juga: Samsung Dikhabarkan Sedang Menghasilkan Telefon Pintar Gaming

Info lanjut yang diperoleh mendapati Samsung Galaxy Note 9 akan menjelma sebagai telefon pintar gaming. Bukan bermaksud telefon gaming seperti Razer Phone atau ASUS ROG, tapi ia merupakan kolaberasi pertama antara Samsung dan pembangun permainan. Dengan pen stylus yang tersedia, pengguna mungkin boleh menggunakannya untuk membidik dan menembak.

Buat masa ini permainan Fortnite hanya tersedia di peranti iOS. Malah, ada yang menyatakan Epic Game telah berjaya mengutip USD2 juta setiap hari hasil daripada menjual pembelian-dalam-aplikasi. Wah~ masyuk betul.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend