Fortnite Kini Boleh Dimuat Turun Di Google Play Store Comments Off on Fortnite Kini Boleh Dimuat Turun Di Google Play Store

Setelah lebih dua tahun Fortnite berada di Apple App Store, aplikasi permainan berbentuk Battle Royale itu kini mula ditawarkan di Google Play Store.

Fortnite boleh dimuat turun sekarang di peranti Android sekurang-kurangnya Android 7.1. Penawaran permainan ini juga merupakan kemunculan sulung Epic Games di Play Store setelah sekian lama mereka memboikot ekoran ketidaksetujaan pembayaran komisen yang dikenakan.

Terdahulu, Epic Games menolak syarat yang meminta mereka membayar komisen 30 peratus kepada Google Play untuk pembelian dalam aplikasi. Mereka mengatakan syarat itu keterlaluan dan tidak munasabah dan pada hari ini mereka dilihat akur untuk meletakkan aplikasi popular mereka di platfom berkenaan.

Artikel sebelum:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend