Fortnite Disahkan Akan Diperkenalkan Pada Peranti Android Antara Bulan Jun Hingga Ogos 2018 Comments Off on Fortnite Disahkan Akan Diperkenalkan Pada Peranti Android Antara Bulan Jun Hingga Ogos 2018

Permainan Fortnite sebelum ini telah diperkenalkan secara esksklusif untuk peranti iOS pada bulan Mac yang lalu, dan akhirnya Epic Games telah mengesahkan kehadiran permainan popular itu akan turut diperkenalkan pada peranti Android antara bulan Jun hingga Ogos tahun ini.

Sokongan HUD yang boleh diubah secara manual mampu menjanjikan pengalaman kawalan yang terbaik untuk setiap pemain.

Selain mengumumkan berita baik untuk pemilik peranti Android, Epic Games turut mengumumkan beberapa penambahbaikan untuk platform mudah alih dan antaranya termasuklah sokongan voice chat bagi membolehkan pemain berkomunikasi sesama mereka. Malah setiap pemain bebas untuk menutup fungsi suara itu untuk diri mereka ataupun pemain lain.

Paparan HUD di dalam permainan selepas diubah.

Selain itu, mod penjimatan bateri juga akan turut diperkenalkan dengan mengurangkan tetapan grafik permainan supaya penggunaan bateri dapat dikurangkan. Epic Games juga akan turut menawarkan sokongan HUD yang boleh diubah secara manual, memperbaiki ciri larian automatik serta kaedah menembak yang lebih baik, penambahan penjejakan stat untuk peranti mudah alih, dan juga saiz fail pemasangan yang lebih kecil.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend