Foodpanda Menurunkan Kadar Minimum Perbelanjaan Kepada RM5! Comments Off on Foodpanda Menurunkan Kadar Minimum Perbelanjaan Kepada RM5! 185

Foodpanda merupakan perkhidmatan penghantaran makanan yang popular di Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Pengguna boleh memesan apa jua jenis makanan dari pelbagai restoran di sekitar menggunakan aplikasi khas pada harga yang berpatutan.

Bersempena ulang tahun ke-7, Foodpanda kini menurunkan kadar perbelanjaan minimum kepada RM5 daripada RM10 sebelum ini. Ia sekaligus memberikan pengguna ketenangan minda untuk memesan apa yang dimahukan walaupun hanya dengan membeli minuman sahaja.

Foodpanda mengatakan tawaran ini adalah kekal sepanjang tahun dan bukan hanya promosi sementara. Jadi, tunggu apa lagi pesan makanan anda sekarang!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend