foodpanda Memperkenalkan ‘Cuti Bapa’ Sebagai Sebahagian Manfaat Pekerja Baharu Untuk Tahun 2019 Comments Off on foodpanda Memperkenalkan ‘Cuti Bapa’ Sebagai Sebahagian Manfaat Pekerja Baharu Untuk Tahun 2019

Baru-baru ini foodpanda, perkhidmatan penghantaran makanan atas permintaan telah mengumumkan perlaksanaan manfaat pekerja baharu untuk tahun 2019.

Bermula tahun ini, pekerja di foodpanda di Malaysia sudah boleh menikmati ‘cuti bapa’ (paternity leave) bergaji selama sebulan untuk pekerja yang menimang cahaya mata. Manfaat pekerja yang baharu diperkenalkan ini sekaligus meletakkan foodpanda antara beberapa syarikat di Malaysia yang menawarkan manfaat tersebut kepada pekerjanya.

Kini pekerja lelaki di foodpanda sudah boleh memohon ‘cuti bapa’ (paternity leave) bergaji selama sebulan.

Malah foodpanda juga menjadi antara syarikat pertama di Malaysia yang menawarkan cuti bergaji kepada kakitangan wanita serta lelaki yang mengambil anak angkat. Cuti selama 90 hari dan 30 hari akan diberikan kepada kakitangan wanita dan lelaki, yang mengambil anak angkat berumur 5 tahun ke bawah.

Menurut Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantas Das, foodpanda mengiktiraf betapa pentingnya ibu bapa meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak mereka untuk mengeratkan silaturahim. Bahkan foodpanda juga percaya kepentingan untuk ibu dan bapa memainkan peranan aktif dalam peringkat awal tumbesaran anak-anak mereka.

Rider foodpanda akan turut menikmati perlindungan insurans sehingga RM24,000 sekiranya berlakunya insiden yang tidak diingini ketika bekerja.

Selain itu, penghantar makanan (rider) foodpanda juga akan dilindungi dengan polisi insurans baharu bermula 1 Mac 2019, yang mana rider yang aktif akan menerima perlindungan sehingga RM24,000. Insurans menyeluruh ini akan menawarkan perlindungan terhadap kecederaan, kemalangan, kecacatan kekal serta kematian.

Manfaat-manfaat yang dinyatakan di atas merupakan hanya sebahagian daripada manfaat pekerja baharu yang dilaksanakan oleh ​foodpanda ​pada tahun ini, selari dengan komitmen berterusannya untuk mewujudkan pengalaman pekerja serta budaya kerja yang terbaik.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend