Foodpanda Lancar Kempen #HanyaKeranamu Untuk Mengenang Jasa Barisan Hadapan Makanan Comments Off on Foodpanda Lancar Kempen #HanyaKeranamu Untuk Mengenang Jasa Barisan Hadapan Makanan

Foodpanda baru-baru ini telah berkolaborasi dengan Dentsu Aegis Network (DAN) untuk melancarkan kempen #HanyaKeranamu. Menggunakan kandungan yang dikongsikan oleh pengguna, kempen Tanggungjawab Sosial Korporat ini adalah bertujuan untuk mendekatkan rakyat Malaysia.

Seperti yang kita ketahui, seluruh negara telah mengekspresikan penghargaan terhadap barisan hadapan yang berjuang untuk membendung penularan COVID-19. Pada ketika wabak melanda inilah jelas kita dapat lihat sifat kemanusian dan rasa syukur yang sangat menyerlah.

Namun tanpa kita sedar barisan hadapan dalam sektor makanan seperti petani, nelayan, pembekal rantaian makanan, tukang masak dan individu yang terlibat dalam industri makanan yang berusaha untuk memastikan bekalan makanan yang mencukupi di saat getir sebegini tidak begitu disedari.

Melalui kempen ini, rakyat Malaysia boleh menzahirkan rasa terima kasih buat barisan hadapan makanan di seluruh negara dengan menggunakan tanda pagar #HanyaKeranamu. Rakyat Malaysia boleh berkongsi mesej positif, kata-kata semangat dan juga ucapan terima kasih melalui Facebook, Twitter dan juga Instagram.

Kesemua mesej yang tersebut akan dikumpulkan melalui tanda pagar #HanyaKeranamu dan akan dikongsikan kepada barisan hadapan makanan menerusi papan iklan digital dinamik pada setiap hari.

Foodpanda turut menghasilkan video digital berdurasi 60 saat bagi mengucapkan rasa terima kasih kepada barisan hadapan makanan dan ia boleh ditonton di saluran YouTube Foodpanda. Ia akan turut ditayangkan di Media Prima, Astro, RTM, dan juga platform penstriman lain pada penghujung bulan April ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend