Firma Undang-Undang FeganScott Lapor Apple Dan Samsung Catat Tahap Radiasi Melebihi Had Ditetapkan Comments Off on Firma Undang-Undang FeganScott Lapor Apple Dan Samsung Catat Tahap Radiasi Melebihi Had Ditetapkan

Sejak Ogos yang lepas, dua jenama besar dalam industri telefon pintar iaitu Apple dan Samsung telah disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) berikutan isu melibatkan tahap radiasi radio-frekuensi (RF) yang didakwa melebihi had yang telah ditetapkan pada telefon pintar keluarannya.

Perkara ini timbul selepas The Chicago Tribune mendedahkan keputusan radiasi RF pada peranti Apple dan Samsung yang didakwa melebihi had yang ditetapkan. Namun begitu, Apple telah tampil menafikan dakwaan tersebut dan mengesahkan bahawa ujian yang dijalankan itu tidak tepat dan peranti keluaran mereka diiktiraf sepenuhnya oleh FCC.

Keputusan tahap radiasi RF yang dijalankan oleh FCC untuk telefon pintar keluaran Apple, Samsung, Motorola dan BLU.

Malah FCC sendiri telah menjalankan ujian ke atas model iPhone 7, iPhone X dan iPhone XS dan telah mendapati keputusan yang diterima adalah bertentangan dengan dakwaan yang dibuat oleh The Chicago Tribune.

Bagi mendapatkan kesahihan tentang keputusan terhadap tahap radiasi RF pada peranti Apple dan Samsung, baru-baru ini firma undang-undang dari Amerika Syarikat iaitu FeganScott pula telah tampil dengan keputusan yang mengesahkan bahawa kedua-dua pengeluar itu telah mencatatkan tahap radiasi RF yang lebih tinggi dari yang telah ditetapkan.

Cadangan penggunaan peranti tanpa wayar dan juga kesan terhadap kesihatan seperti yang dikongsikan oleh Clear Light Ventures.

Berdasarkan keputusan yang diterima melalui makmal ujian yang menerima akreditasi daripada FCC, adakalanya tahap radiasi RF yang dipancarkan mencecah sehingga 500% daripada had yang sepatutnya. Malah FeganScott turut memaklumkan bahawa mereka telah menjalankan ujian berdasarkan senario penggunaan sebenar, dan bukannya set senario seperti yang ditetapkan oleh pengeluar.

Di dalam ujian yang dijalankan di makmal yang menerima akreditasi FCC itu, iPhone 8 dan Samsung Galaxy S8 mencatatkan dua kali ganda daripada had yang ditetapkan untuk jarak penggunaan 2mm. Manakala pada jarak 0mm, iPhone 8 mencatatkan sehingga lima kali ganda, dan Samsung Galaxy S8 pula mencatatkan sehingga tiga kali ganda daripada had yang dibenarkan.

Antara model telefon pintar yang turut diuji dan didapati melebihi had radiasi RF yang dibenarkan termasuklah iPhone 7 Plus, iPhone XR, Galaxy S9, dan juga Galaxy S10.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend