Firefox Monitor Membolehkan Anda Menyemak Jika Akaun Emel Telah Dikompromi Comments Off on Firefox Monitor Membolehkan Anda Menyemak Jika Akaun Emel Telah Dikompromi

Pencerobohan data boleh dianggap salah satu daripada isu utama yang sering berlaku di Internet, dan perkara ini boleh menyebabkan data sulit dicuri oleh pihak bertanggungjawab untuk tujuan tidak baik. Memandangkan kita sering mengakses pelbagai laman sesawang, aplikasi mahupun telefon pintar, isu ini sudah tentunya lebih sukar untuk dipantau dari masa ke semasa.

Anda hanya perlu memasukkan alamat emel untuk menyemak jika ia telah dikompromi ataupun tidak.

Kini anda boleh menyemak sekiranya akaun emel anda telah dikompromi ataupun tidak dengan pelancaran laman sesawang baharu yang dibangunkan oleh Mozilla, iaitu Firefox Monitor. Pembangunan laman sesawang ini berjaya direalisasikan melalui kerjasama antara Mozilla dengan laman sesawang Have I Been Pwned.

Dalam masa beberapa saat sahaja Firefox Monitor akan menyemak jika sama ada akaun emel anda selamat ataupun tidak.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah memasukkan alamat emel di dalam ruangan yang disediakan pada laman sesawang Firefox Monitor. Melalui semakan asas, laman sesawang ini akan memberitahu sama ada akaun emel anda telah dikompromi ataupun tidak. Anda juga boleh mendaftar dengan Firefox Monitor bagi membolehkan notifikasi amaran dihantar ke peti masuk emel sekiranya akaun telah dikompromi.

Semak jika akaun emel anda dikompromi atau tidak: https://monitor.firefox.com/

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend