Festival Putrajaya LIFT 2019 Bakal Berlangsung 28 Hingga 29 Disember – Festival Celik Kewangan Anjuran MOF Comments Off on Festival Putrajaya LIFT 2019 Bakal Berlangsung 28 Hingga 29 Disember – Festival Celik Kewangan Anjuran MOF 151

Kementerian Kewangan Malaysia akan menganjurkan Festival Putrajaya LIFT (Literacy in Financial Technology) 2019 yang merupakan sebuah festival bermatlamatkan pemerkasaan celik kewangan sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk membina masyarakat digital. Festival Putrajaya LIFT ini mempamerkan literasi teknologi kewangan pada masa kini dan hadapan ialah merupakan kerjasama bersama Bank Negara Malaysia dan industri kewangan di Malaysia.

Kementerian Kewangan yang menjadi tuan rumah bagi Festival Putrajaya LIFT ini bakal mengambil tempat di tiga lokasi strategik iaitu Menara [email protected], Bangunan Suasana PjH dan Kompleks Kementerian di Putrajaya.

Festival ini bakal berlangsung selama dua hari bermula dari 28 hingga 29 Disember 2019. LIFT 2019 membawa konsep menyeronokkan serta interaktif dengan persembahan seni dan teknologi yang memberi gambaran tentang kewangan masa hadapan. Di samping itu, festival ini turut memberikan inspirasi, maklumat relevan, dan praktikalnya pemerkasaan kewangan dalam dunia teknologi dan digital yang dinamik pada masa kini.

Menurut Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng, “Festival ini bukan sekadar meningkatkan celik kewangan tetapi juga bertujuan untuk memperkasakan orang ramai dengan menyediakan maklumat terkini kewangan dan pembangunan teknologi baharu dalam ekonomi digital. Kami ingin memastikan kebersediaan anak muda kini dan masa hadapan dengan menjamin peluang ekonomi dan pekerjaan untuk masa depan”.

Pengunjung disarankan untuk melawat ke Pavilion Kewangan Digital (pameran utama) yang  dikelolakan oleh  Bank Negara Malaysia di bangunan Menara [email protected] Ruangan ini menyediakan seminar, bengkel, ceramah, dan pameran menarik daripada institusi kewangan dan syarikat fintech. Pelbagai perkhidmatan dan nasihat kewangan akan ditawarkan termasuk kaunseling kewangan, penyelesaian pertikaian, aktiviti untuk kanak-kanak, pembiayaan kewangan untuk PKS dan perumahan, semakkan CCRIS serta informasi mengenai penipuan kewangan yang semakin berleluasa pada hari ini.

Pengunjung juga berpeluang melawati ‘Future Pods’, yang merupakan pameran awam mengenai aspek kehidupan masa hadapan. Festival ini juga merupakan sebuah pusat setempat rakyat yang menghimpunkan pelbagai acara menarik dan hiburan menerusi ‘The Showcase, The Market and The Fringe’.

‘The Market’ ditempatkan di dalam dan di luar bangunan Suasana A PjH dengan tempat membeli belah khas untuk para pengunjung. Bercirikan Pasar Glam, ruangan ini menampilkan jenama kreatif terkemuka Malaysia mengenai gaya hidup, fesyen, dan kecantikan. Turut berlangsung ialah perkampungan di luar bangunan seperti Pasar Seni, Pasar Botani dan Pasar Tradisi yang mana pengunjung dapat menikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman yang akan melengkapkan keunikan festival ini di Medan Makan.

The Fringe’ merupakan ruang hiburan yang menampilkan persembahan kesenian teknologi tinggi, aksi-aksi jalanan dan persembahan kumpulan tempatan sepanjang malam. Selain itu, terdapat juga sesi tertutup bersama wakil industri yang membicarakan tren digital terkini dan pelbagai perkongsian inovatif melalui segmen ‘The Conference’.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend