Fasha Sandha Kongsi Gambar Perkahwinan Menggunakan Huawei P30 Comments Off on Fasha Sandha Kongsi Gambar Perkahwinan Menggunakan Huawei P30

Sejak kebelakangan ini Huawei nampaknya sedang giat mempromosikan peranti terbaharu mereka – siri Huawei P30. Jika semalam gambar persembahan kumpulan Blue Boy Band diperlihatkan, terkini melalui Instagram Fasha Sandha, gambar perkahwinannya bersama Aidil Aziz pula dikongsikan.

Konsep yang digunakan adalah sama, Huawei mempamerkan kehebatan peranti siri P30 melakukan zoom yang dipanggil Super Zoom. Tiga foto yang digabungkan menunjukkan kamera menangkap gambar dari jarak jauh, seterusnya dekat, dan terakhir sekali Super Zoom. Menariknya, rakaman yang ketiga itu telah memperlihatkan jahitan pada baju yang sangat jelas. Dalam foto ini juga turut menyertakan tarikh pelancaran siri Huawei P30 pada 26 Mac ini.

Selain daripada itu, keterangan Fasha pada gambar hanya meluahkan rasa kesyukuran dengan kehadiran Aidil Aziz dalam hidupnya selain mendoakan kesejahteraan dalam hubungan mereka.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend