Facebook Tampil Dengan Ciri Quiet Mode Untuk Rehatkan Anda Daripada Notifikasi Comments Off on Facebook Tampil Dengan Ciri Quiet Mode Untuk Rehatkan Anda Daripada Notifikasi

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, kami pasti ramai diantara anda yang berada di rumah mempunyai banyak masa untuk dihabiskan dengan bermain telefon pintar. Tambahan pula apabila anda kerap berinteraksi di media sosial ia sekaligus boleh meningkatkan jumlah notifikasi pada telefon khususnya bagi mereka yang aktif di Facebook.

Menyedari kepada kecenderungan itu, Facebook baru-baru ini telah memperkenalkan ciri Quiet Mode kepada para pengguna yang mana melaluinya pengguna tidak lagi akan diganggu oleh notifikasi yang kadangkala mendatangkan rasa tidak selesa.

Kehadiran ciri terbari ini pada masa yang sama dapat digunakan untuk anda memanfaatkan masa yang ada bersama keluarga atau melakukan aktiviti yang berfaedah seperti bersenam, mengemas rumah, atau tidur dengan tenang.

Quite Mode akan membisukan notifikasi Facebook untuk sesuatu tempoh bergantung kepada berapa lama pengguna mahukan. Jika pengguna membuka juga aplikasi sewaktu peranti dalam keadaan Quite Mode, ia akan mengingatkan pengguna supaya meletakkan had penggunaan. Facebook juga telah menambah jalan pintas ke tetapan notifikasi dan pilihan suapan berita bagi memudahkan pengguna mengaksesnya.

Ciri ini dikatakan akan dilepaskan kepada pengguna iOS terlebih dahulu sebelum diberikan kepada Android.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend