Facebook Sedang Menguji Rekaan Antaramuka Yang Lebih ‘Suci’ Untuk Peranti Android Comments Off on Facebook Sedang Menguji Rekaan Antaramuka Yang Lebih ‘Suci’ Untuk Peranti Android

Kebanyakan pembangun aplikasi dan Google sejak kebelakangan ini dilihat telah mengambil pendekatan untuk memperkenalkan antaramuka dengan tema yang lebih gelap. Pendekatan ini telah diambil bertujuan untuk memastikan ketahanan bateri yang lebih baik untuk peranti dengan sokongan panel berasaskan OLED, dan dalam masa yang sama memastikan penggunaan yang lebih baik di dalam gelap.

Facebook dengan antaramuka sekarang

Ternyata Facebook telah mengambil pendekatan yang sedikit berbeza apabila ia dilaporkan sedang menguji aplikasi Facebook dengan antaramuka putih pada keseluruhan antaramukanya. Berdasarkan imej yang telah dikongsikan oleh portal XDA Developers, aplikasi yang sedang diuji itu tidak lagi menerima kehadiran warna biru yang menjadi warna ikonik laman sosial itu.

Facebook dilaporkan sedang menguji antaramuka baharu.

Selain daripada pembaharuan pada warna antaramuka, aplikasi Facebook yang diuji itu juga dilihat tampil dengan rekaan yang lebih ringkas. Apa yang menghairankan, Facebook Messenger sebelum ini tampil dengan pendekatan berbeza apabila diperkenalkan dalam mod gelap yang boleh diaktifkan melalui penghantaran emoji bulan 🌙.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend