Facebook Rancang Ingin Memperkenalkan Tab Khas Untuk Berita Pada Bulan Hadapan Comments Off on Facebook Rancang Ingin Memperkenalkan Tab Khas Untuk Berita Pada Bulan Hadapan 341

Facebook sering memperkenalkan ciri-ciri baharu kepada pengguna mereka. Terkini, mereka bercadang untuk mencipta satu lagi tab khas untuk memaparkan berita semasa.

Memetik dari Wall Street Journal, Facebook dilaporkan telah berbincang dengan beberapa penerbit berita di Amerika Syarikat seperti ABC News, The Washington Post, dan Bloomberg untuk mendapatkan lesen bagi menerbitkan artikel berita dengan kos tiga juta USD setiap tahun.

Facebook juga dikatakan mahu menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan berharap dapat menerbitkan kandungan berita mengikut persembahan yang dimahukan dalam tab berita.

Idea yang diinspirasikan oleh pengasas kontroversi, Mark Zuckerberg ini juga bertujuan untuk memberi pengguna informasi yang lebih pantas, memandangkan aplikasi media sosial lebih menjadi keutamaan berbanding aplikasi paparan berita pada masa kini.

Jadi, dengan adanya tab terbaru ini ia dapat menjadikan Facebook sebagai platfom sehenti yang dapat memberi manfaat kepada pengguna dan bukan hanya kepada bersosial sahaja.

melalui/sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend