Facebook Perlu Bayar USD550 Juta Berkenaan Isu Pengecaman Wajah Comments Off on Facebook Perlu Bayar USD550 Juta Berkenaan Isu Pengecaman Wajah

Bersamaan dengan RM2.26 bilion, itu adalah jumlah yang perlu dibayar oleh Facebook atas kesalahan menggunakan teknologi pengecaman wajah.

Pada 2011, Facebook telah menguji ciri ‘tag’ pada gambar namun tiada persetujuan dibuat daripada pengguna untuk fungsi ini diintegrasikan dalam perisian. Beberapa tahun selepas itu, isu ini telah dibangkitkan dan tindakan undang-undang mula dijalankan.

Bagi Facebook, mereka yakin bahawa mereka tidak bersalah dan bersedia untuk mempertahankan diri. Walaubagaimanapun, selepas setengah dekad kes ini berjalan, Facebook akhirnya didapati bersalah dan perlu membayar denda.

Jurucakap Facebook mengatakan, syarikatnya akan membayar jumlah tersebut kepada kumpulan plaintif dari Illinios yang mula membangkitkan isu ini dalam masa terdekat.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend