Facebook Messenger Bakal Menyokong Fungsi Terjemahan Mesej Yang Diterima Secara Automatik Comments Off on Facebook Messenger Bakal Menyokong Fungsi Terjemahan Mesej Yang Diterima Secara Automatik

Facebook baru-baru ini telah memperkenalkan satu lagi fungsi terbaru untuk aplikasi permesejan ‘Messenger’ yang berupaya membuat terjemahan mesej yang diterima secara automatik. Menurut CNET, sokongan fungsi terjemahan ini merupakan sebahagian daripada fungsi M Suggestions yang sememangnya telah tersedia dalam aplikasi Messenger.

Fungsi M Suggestions menjanjikan pengalaman bermesej yang lebih pintar kerana ia secara automatik akan memaparkan cadangan fungsi yang anda boleh gunakan bergantung kepada konteks perbualan.

Fungsi terbaru ini dikatakan akan mula diterima oleh semua pengguna aplikasi tersebut di Amerika Syarikat dan juga Mexico, memandangkan buat masa ini ia hanya mampu menterjemah Bahasa Inggeris dan Bahasa Sepanyol sahaja. Dengan adanya fungsi terjemahan automatik ini, pengguna yang telah menetapkan Bahasa Inggeris pada peranti mereka akan menerima mesej yang memberitahu sama ada mesej itu mahu diterjemah ataupun tidak, dan begitu juga sebaliknya.

Fungsi terjemahan secara automatik ini mampu melancarkan perbualan di antara dua bahasa berbeza.

Sebenarnya fungsi terjemahan automatik ini pernah diumumkan oleh Facebook di dalam persidangan F8 Developer yang berlangsung pada April yang lalu. Berdasarkan laporan dari CNET, lebih banyak bahasa akan disokong pada masa akan datang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend