Facebook Messenger Akan Diperbaharui Dengan Antaramuka Lebih Ringkas Dan Menyokong Tema Gelap Comments Off on Facebook Messenger Akan Diperbaharui Dengan Antaramuka Lebih Ringkas Dan Menyokong Tema Gelap

Melalui acara tahunan Facebook yang diadakan baru-baru ini, Mark Zuckerberg telah menjanjikan pembaharuan untuk aplikasi permesejannya iaitu Facebook Messenger. Aplikasi itu dikatakan akan menerima sentuhan antaramuka yang diperbaharui sepenuhnya agar tampil lebih ringkas dan kemas, tanpa sokongan fungsi tambahan yang tidak diperlukan.

Berdasarkan kenyataan Naib Presiden Messenger, Facebook, pembaharuan dan juga penambahbaikan untuk Messenger sudahpun dijalankan sejak awal tahun ini lagi dan kemas kini untuk aplikasi ini akan diperkenalkan kepada pengguna tidak lama lagi. Kini butang navigasi pada Messenger akan hanya disediakan dengan tiga ikon yang difokuskan untuk aspek komunikasi.

Selain antaramuka yang telah diperbaharui, aplikasi ini juga akan turut menyokong tema gelap yang lebih efisien untuk telefon pintar dengan paparan OLED. Ini kerana sokongan paparan dalam mod gelap mampu menjimatkan penggunaan tenaga bateri berbanding mod cerah yang lebih sesuai untuk paparan LCD.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend