Facebook, Instagram, Dan WhatsApp Sekali Lagi Mengalami Masalah (Kemas Kini) Comments Off on Facebook, Instagram, Dan WhatsApp Sekali Lagi Mengalami Masalah (Kemas Kini) 284

Kemaskini (9.00 malam): Semua perkhidmatan kembali seperti sediakala.

(7.00 malam): Pengguna Facebook, Instagram, dan WhatsApp sekali lagi menghadapi masalah untuk mengakses akaun mereka hari ini. Sejak petang tadi, pengguna di Malaysia termasuk kami sendiri tidak dapat membaca suapan di Facebook, entri di Instagram, dan menerima pesanan di WhatsApp.

Buat masa ini pihak Facebook tidak mengulas lanjut mengenai masalah yang berlaku tetapi dilaporkan banyak negara menghadapi masalah yang sama bukan sahaja di Malaysia. Ini menjadikan masalah untuk mengakses aplikasi tiga serangkai kali ini adalah yang kedua selepas bulan lalu.

Jadi, jangan salahkan syarikat telco kalau anda juga menghadapi masalah yang sama seperti kami. Apa-apapun mungkin ini adalah masanya untuk anda meluangkan masa bersama keluarga sepenuhnya pada hujung minggu ini.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend