Facebook Inc Menghalang Pemasangan Tiga Aplikasi Popular Untuk Peranti Terbaru Huawei Comments Off on Facebook Inc Menghalang Pemasangan Tiga Aplikasi Popular Untuk Peranti Terbaru Huawei 848

Facebook Inc kini dilaporkan tidak lagi membenarkan pemasangan aplikasi tiga serangkai mereka pada telefon pintar Huawei, selepas gergasi teknologi China itu berusaha untuk mengekalkan perniagaannya di China ketika berdepan dengan sekatan pembelian alat ganti dan perisian Amerika Syarikat.

Larangan ini dibuat hanya untuk telefon pintar Huawei akan datang tetapi untuk pengguna sedia ada, mereka masih boleh menggunakannya dan menerima kemas kini perisian.

Kebiasaannya, pengeluar telefon pintar sering menyertakan aplikasi Facebook, Instagram, dan WhatsApp pada telefon pintar Huawei, termasuk Twitter dan Booking.com. Buat masa ini Twitter Inc masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung larangan pemasangan aplikasi pada peranti Huawei.

Tindakan oleh Facebook ini secara tidak langsung menjejaskan penjualan telefon pintar Huawei yang mana telah menjana pendapatan terbesar tahun lalu, disamping pertumbuhan kukuh di Eropah dan Asia.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend