Facebook Dilaporkan Sedang Membangunkan Sistem Operasi Sendirinya Sendiri Comments Off on Facebook Dilaporkan Sedang Membangunkan Sistem Operasi Sendirinya Sendiri

Bagi mengelakkan kebergantungan terhadap jenama teknologi yang lain, portal The Information  baru-baru ini telah melaporkan bahawa Facebook sedang membangunkan sistem operasinya sendiri. Menurut Andrew Bosworth selaku Ketua Bahagian Perkakasan Facebook, bagi memastikan mereka memiliki ruang untuk generasi akan datang, mereka tidak boleh mempercayai pasaran mahupun pesaing.

Diketuai oleh Mark Lucovsky yang merupakan bekas jurutera di Microsoft, pembangunan sistem operasi milik Facebook ini telah dibangunkan dari awal dan bukannya berasaskan daripada mana-mana sistem operasi sedia ada di pasaran. Walau bagaimanapun nama sistem operasi dan juga maklumat lanjut berhubung projek ini masih lagi belum didedahkan kepada umum.

This slideshow requires JavaScript.

Dengan adanyan projek ini, produk yang diperkenalkan oleh Facebook pada masa akan datang tidak lagi perlu bergantung kepada sistem operasi yang dibangunkan oleh pihak lain. Bahkan sebelum ini Facebook juga telah dilaporkan sedang menghasilkan cip perkakasan dan juga pembantu maya seakan Alexa, Google Assistant dan Siri.

Sebagai rujukan, produk Facebook seperti Oculus (peranti VR) dan juga Portal (alat bantuan panggilan video) telah dioperasikan dengan sistem operasi Android yang telah diubah suai.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend