Facebook Di Bawah Siasatan Pihak Berkuasa Comments Off on Facebook Di Bawah Siasatan Pihak Berkuasa

Ayoyo,teruk Facebook kena sekarang ni.

US Federal Trade Commission (FTC) dilaporkan sedang menjalankan siasatan ke atas Facebook dek kerana skandal Cambridge Analytical. Isu ini merupakan perkara yang serius di mana Facebook dituduh membenarkan pihak ketiga mengakses data pengguna dan tak tahu lah apa yang telah digunakan dengan informasi sensitif tersebut.

Mark Zuckerberg sudah pun tampil memohon maaf dan berjanji untuk memperbaiki perkara tersebut. Siasatan yang berjalan diletakkan di bawah perkara sulit dan masih tiada apa-apa berita dan kenyataan yang dikeluarkan mengenai siasatan tersebut. Apa jenis hukuman pun tak tahu lagi, paling-paling kuat pun kami rasa Facebook akan diberi amaran je.

Tapi sekarang memang Facebook dah terasa tempias skandal tersebut dengan harga saham mereka jatuh teruk dan pergerakan #deleteFB yang semakin kencang sekarang. Dilaporkan sudah ramai mula meninggalkan Facebook dan beralih kepada platform sosial lain.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend