Facebook Bakal Membina Pusat Data Bernilai RM4.15b Di Singapura Comments Off on Facebook Bakal Membina Pusat Data Bernilai RM4.15b Di Singapura

Facebook memaklumkan mereka bakal melabur sebanyak USD1 bilion untuk pembinaan projek pusat data pertama di Asia tidak lama lagi. Singapura yang telah dipilih sebagai lokasi tersebut difahamkan akan memiliki infrastuktur yang mampu menjana tenaga-boleh diperbaharui dan disesuaikan mengikut iklim tropika di negara itu.

Pusat ini dijangka bakal memulakan operasinya sekitar tahun 2022. Ia akan dibina di atas sebidah tanah seluas 1.83 juta kaki persegi dengan sebuah bangunan setinggi 11 tingkat. Bangunan yang menjadi pangkalan data (server) dan operasi IT ini akan dilengkapi dengan ciri-ciri kustom untuk menampung suhu beruap di bawah 25 darjah celcius.

Selain itu, ia termasuk sistem penyejukan terkini yang menggunakan air daripada udara (proses kondensasi) untuk tahap kelembapan yang bersesuaian. Dinding-dinding bangunan pula direka dengan bahan-bahan berlubang serta ringan untuk pengudaraan yang lebih lancar.

Bagi menjadikan ianya sebuah kawasan hijau, pusat data Facebook di Singapura akan dijana sepenuhnya oleh tenaga-boleh diperbaharui seperti pusat data sedia ada di Prineville, Oregon.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend