Facebook Akan Memperkenalkan Fungsi Baharu Iaitu Perkongsian Mesej Suara, Arkib Stories Dan Storan Awan Comments Off on Facebook Akan Memperkenalkan Fungsi Baharu Iaitu Perkongsian Mesej Suara, Arkib Stories Dan Storan Awan

Selepas Mark Zuckerberg membuat rombakan besar-besaran di dalam jawatan pengurusan WhatsApp dan Facebook Messenger bagi memastikan perubahan pada platform tersebut, beberapa fungsi baharu telah diperkenalkan kepada pengguna. Walau bagaimanapun ketiga-tiga fungsi ini akan diterima oleh pengguna Facebook di India terlebih dahulu, sebelum ia diperkenalkan pada pengguna global yang lain.

Fungsi pertama yang diperkenalkan adalah perkongsian mesej suara yang dikenali sebagai Voice Post yang membolehkan pengguna berkongsi pesanan suara ringkas tanpa perlu bersusah payah menaip menggunakan papan kekunci pada peranti. Fungsi ini tersedia pada antaramuka kamera pada Facebook dan ia merupakan fungsi tambahan untuk perkongsian Stories iaitu Live, Normal dan juga Text.

Trend penggunaan storan awan turut diterapkan pada Facebook bagi membolehkan pengguna menyimpan imej yang diambil di dalam pangkalan data ‘Facebook Camera’ dan bukannya ruang storan pada peranti. Penyediaan ruang storan awan yang disediakan oleh Facebook ini secara tidak langsung memastikan pengurusan fail yang lebih baik kepada pengguna.

Sebagaimana yang kita ketahui, setiap Facebook Stories yang telah dikongsikan tidak akan disimpan, jadi dengan adanya fungsi ketiga ini setiap Stories yang dirasakan menarik boleh disimpan sebagai arkib. Setiap Facebook Stories yang telah disimpan sebagai arkib akan disusun mengikut tarikh ia dikongsikan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend