Facebook Akan Membenarkan Pengguna Untuk Memadam Beberapa Aplikasi Pihak Ketiga Secara Serentak Comments Off on Facebook Akan Membenarkan Pengguna Untuk Memadam Beberapa Aplikasi Pihak Ketiga Secara Serentak

Selepas dilanda pelbagai kontroversi berikutan berhubung sistem privasi pada laman sosial Facebook, pengguna sudah memiliki akses mudah untuk mereka memantau semula tetapan privasi pada akaun masing-masing. Namun begitu, proses untuk memadam aplikasi pihak ketiga yang telah mendapat kebenaran untuk mengakses akaun Facebook pengguna dilihat agak menyusahkan kerana pengguna perlu memadamnya satu persatu.

Kini proses untuk memadam aplikasi pihak ketiga itu menjadi lebih mudah kerana Facebook dikatakan telah membenarkan pengguna untuk memadam beberapa aplikasi pihak ketiga secara serentak. Fungsi baharu ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Matt Navara.

Namun begitu, pengguna masih perlu memilih satu persatu aplikasi pihak ketiga yang ingin dipadam kerana Facebook tidak menyediakan butang ‘select all’ bagi membolehkan kesemua aplikasi dipadam secara serentak dengan satu klik.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend