Essential Phone Menerima Modul Aksesori Untuk Sambungan Bicu Audio 3.5mm – Audio Adapter HD Comments Off on Essential Phone Menerima Modul Aksesori Untuk Sambungan Bicu Audio 3.5mm – Audio Adapter HD

Setahun yang lepas sewaktu pelancaran telefon pintar Android yang mempopularkan rekaan skrin bertakuk iaitu Essential Phone diperkenalkan secara rasmi, pihak pengeluar peranti berkenaan telah mengesahkan sokongan pelbagai modul aksesori untuknya. Walaupun Essential telah mengambil keputusan untuk menjual syarikatnya itu, janji itu masih tidak dilupakan apabila ia telah mengumumkan kemunculan modul Audio Adapter HD.

Dengan adanya modul aksesori yang dikenali sebagai Audio Adapter HD ini, pengguna boleh menyambungkan fon telinga dengan sokongan bicu audio 3.5mm pada Essential Phone. Diperbuat daripada titanium untuk ketahanan yang lebih baik, modul aksesori ini menggunakan teknologi sambungan Click yang tersedia pada panel belakang kerangkanya.

Penyediaan dok magnetik pada panel belakang Essential Phone membolehkannya untuk menyokong pelbagai modul aksesori.

Walaupun tiada butiran terperinci didedahkan tentang Audio Adapter HD ini, ia telah disahkan hadir dengan keupayaan MQA yang berupaya menjanjikan pengalaman audio lossless serta beresolusi tinggi dari ESS Sabre DAC. Selain itu kolaborasi bersama TIDAL membolehkan pemilik Essential Phone untuk mendapatkan langganan TIDAL HiFi selama tiga bulan secara percuma.

Buat masa ini pihak Essential masih belum mendedahkan harga jualan modul aksesori Audio Adapter HD, tetapi ia dikatakan akan mula dijual selewat-lewatnya September 2018 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend