Escobar Fold 2 Merupakan Model Alternatif Lebih Murah Berbanding Samsung Galaxy Fold – Harga Kurang RM1,700 Comments Off on Escobar Fold 2 Merupakan Model Alternatif Lebih Murah Berbanding Samsung Galaxy Fold – Harga Kurang RM1,700

Escobar Inc yang ditubuhkan pada tahun 1984 merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk mengurus dan memiliki kesemua harta intelektual yang berkait dengan nama Pablo Escobar.

Menariknya baru-baru ini Escobar Inc telah membuat kejutan apabila telah menjual telefon pintar dengan skrin boleh lipat yang dikenali sebagai model Escobar Fold 2 pada harga yang sangat rendah iaitu hanya USD339 (~RM1,673).

Untuk pengetahuan anda, Escobar Fold 2 sebenarnya adalah jelmaan semula model Samsung Galaxy Fold yang sebelum ini dijual pada harga RM8388 untuk pasaran tempatan.

Ditawarkan pada harga jualan yang jauh lebih murah, Escobar Fold 2 telah didatangkan dalam kotak pembungkusan khas yang lebih ringkas, dan tidak didatangkan dengan sebarang aksesori tambahan kecuali kabel sahaja.

Walaupun dijual pada harga yang sangat murah, Escobar Fold 2 dilihat masih menyokong spesifikasi yang sama seperti Samsung Galaxy Fold. Bahkan antaramuka Samsung One UI juga masih dikekalkan, cuma ia didatangkan dengan imej latar Pablo Escobar. Manakala bahagian luarannya pula telah ditampal dengan stiker berwarna emas dengan cetakan logo Escobar Inc.

Menurut perkongsian daripada YouTuber terkenal Mrwhosetheboss, CEO Escobar Inc telah memaklumkan bahawa syarikatnya telah membeli tiga jenis Samsung Galaxy Fold seperti berikut:

  1. tidak menepati piawaian kualiti daripada Samsung.
  2. dipulangkan semula oleh pembeli selepas dibeli.
  3. pembelian semula daripada penjual yang memiliki lebihan stok yang tidak terjual.

Memandangkan pakej pembelian Escobar Fold 2 tidak didatangkan dengan aksesori tambahan, dan tiada sebarang kos diperlukan untuk R&D atau promosi, ia mungkin menjadi faktor yang membolehkannya dijual pada harga yang jauh lebih murah.

Sebagai rujukan anda, Escobar Inc telah ditubuhkan dengan menggunakan nama raja dadah terkenal dari Colombia iaitu Escobar Pablo. Malah syarikat ini telah ditubuhkan oleh ahli keluarganya sendiri.

Spesifikasi Escobar Fold 2:

  • Android 10
  • Qualcomm Snapdragon 855
  • 8GB + 128GB / 12GB + 512GB
  • Skrin utama: 7.3 inci Foldable Dynamic AMOLED, 2152 x 1536 piksel
  • Skrin kedua: 6.0 inci Super AMOLED, 1680 x 720 piksel
  • Kamera utama: 12MP (Main) + 12MP (Ultra Wide) + 12MP (Telephoto)
  • Kamera depan: 10MP
  • 4380mAh (5V5A)
  • Pengimbas cap jari di tepi kerangka
  • Dimensi skrin utama dibuka: 160.9 x 117.9 x 6.9mm
  • Dimensi skrin utama ditutup: 160.9 x 62.9 x 15.5mm
  • 266g

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend