Epson Malaysia Melancarkan Tiga Model Projektor Laser 3LCD Kompak Dari Siri EB-L500/L600 – Harga Bermula RM16,000 Comments Off on Epson Malaysia Melancarkan Tiga Model Projektor Laser 3LCD Kompak Dari Siri EB-L500/L600 – Harga Bermula RM16,000

Baru-baru ini Epson Malaysia telah mengumumkan kehadiran tiga model projektor laser 3LCD daripada kelas pertengahannya dari siri EB-L500 dan EB-L600 untuk pasaran tempatan.

 

Dengan rekaan yang kompak di dalam kelasnya, projektor laser 3LCD dari siri EB-L500/L600 ini dilengkapi dengan enjin optikal laser paling kecil, sekaligus memastikan kerangka yang lebih ringan iaitu 8.5kg. Sokongan diod laser yang kompak dan juga struktur optikal original pada projektor ini mampu memastikan tahap keterangan yang lebih tinggi berbanding projektor lain dalam kelasnya.

Siri projektor laser 3LCD yang diperkenalkan ini juga mampu menjanjikan warna yang lebih jitu pada resolusi mencecah sehingga WUXGA (1920 x 1200 pisel). Model EB-L610W dan EB-L610U menyokong keterangan 6,000 lumens, manakala model EB-L510U pula pada keterangan 5,000 lumens.

Dengan keupayaan untuk memaparkan skrin besar mencecah lebih daripada 200 inci, siri EB-L600 berupaya digunakan sehingga 20,000 jam dalam mod normal, dan 30,000 jam untuk mod tambahan tanpa perlu diselenggara. Ini secara tidak langsung mampu menjimatkan kos untuk pengguna.

Ketiga-tiga model projektor ini hadir dengan tiga tahun jaminan waranti dan ia disasarkan untuk kegunaan korporat dan pendidikan. Berikut adalah harga jualannya:

  • EB-L610W – RM16,000
  • EB-L610U – RM22,000
  • EB-L510U – RM19,000

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend