Epson Malaysia Lancar Pencetak Tekstil Berteknologi Dakwat Pendarflour Comments Off on Epson Malaysia Lancar Pencetak Tekstil Berteknologi Dakwat Pendarflour

Epson Malaysia hari ini telah mengumumkan pencetak 64-inci terbaru, pencetak digital kelas industri yang dicipta khas untuk pengeluaran tekstil. Pencetak ini dibina untuk menghasilkan cetakan berskala tinggi seperti pakaian sukan, pakaian fesyen, dekorasi rumah, papan tanda di luar bangunan, dan juga barangan bercetak.

Epson SC-F9430H ditujukan khas kepada para peniaga yang mahukan barangan bercetak berkualiti tinggi. Kelebihan yang dimiliki pencetak ini juga adalah daripada teknologi dakwat berwarna kuning dan merah jambu jenis pendarfluor tulen yang digunakan.

Epson SC-F9430H Fluorescent Textile Printer

Pemprosesan warna pula dikuasakan daripada sistem perisian Edge Print yang telah diintegrasikan. Melaluinya, pengguna ditawarkan variasi warna semasa cetakan.

Epson menjangkakan pertumbuhan perniagaan sebanyak 17% dalam pasaran tekstil digital menjelang 2023 memandangkan permintaan dalam sektor ini semakin meningkat.

Seperti biasa, pelanggan yang ingin mendapatkan mesin ini perlu menghubungi Epson Malaysia untuk sebut harga.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend