Energizer Power Max P490 Dan P490S Dengan Sokongan Bateri 4000 mAh Dan Empat Kamera Akan Diperkenalkan Comments Off on Energizer Power Max P490 Dan P490S Dengan Sokongan Bateri 4000 mAh Dan Empat Kamera Akan Diperkenalkan 520

Bila sebut sahaja jenama Energizer, rata-rata daripada kita akan terus terfikirkan tentang ketahanan bateri keluarannya. Tetapi untuk anda yang tidak tahu, Energizer juga sebelum ini sudahpun menceburkan diri dalam arena pembuatan telefon pintar. Baru-baru ini Energizer dikatakan akan memperkenalkan dua lagi model terbaharunya dengan model Energizer Power Max P490 dan P490S.

Jika dilihat pada sokongan spesifikasi yang telah dikongsikan, kedua-dua model ini tidak memfokuskan pada aspek spesifikasi berprestasi tinggi. Sebaliknya ia lebih mengutamakan ketahanan bateri yang sangat baik dengan sokongan bateri berkapasiti 4000 mAh, dan agak mengecewakan kerana ia tidak dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas.

Spesifikasi Energizer Power Max P490:

  • Android 8.0 Oreo Go Edition
  • MediaTek MT6580M Quad Core (Cortex-A7)
  • Dwi SIM (3G)
  • 4.95 inci TFT, 960 x 480 piksel (18:9)
  • 8GB + RAM 1GB
  • Kamera utama: 8MP + VGA (Depth Sensor)
  • Kamera hadapan: 5MP + VGA (Depth Sensor)
  • 4000 mAh
  • microUSB
  • Pengimbas cap jari
  • 139 x 65.8 x 12mm / 180g

Spesifikasi Energizer Power Max P490S:

    • Android 8.1 Oreo
    • MediaTek MT6739WA Quad Core (Cortex-A53)
    • Dwi SIM (4G)
    • 4.95 inci TFT, 960 x 480 piksel (18:9)
    • 16GB + RAM 2GB
    • Kamera utama: 8MP + VGA (Depth Sensor)
    • Kamera hadapan: 5MP + VGA (Depth Sensor)
    • 4000 mAh
    • microUSB
    • Pengimbas cap jari
    • 139 x 65.8 x 12mm / 180g

Buat masa ini harga dan tarikh ketersediaan Energizer Power Max P490 dan P490S masih lagi belum didedahkan kepada umum. Menariknya setiap pembelian peranti ini akan turut menerima pelindung skrin dan juga sarung kalis hentakan secara percuma.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend