Energizer Power Max K18 Pro Dengan Bateri 18,000mAh Bakal Hadir Tidak Lama Lagi Comments Off on Energizer Power Max K18 Pro Dengan Bateri 18,000mAh Bakal Hadir Tidak Lama Lagi 972

Tahun lalu Energizer telah memperkenalkan Power Max P16K Pro dengan bateri 16,000mAh di acara MWC 2018. Bagaimanapun, Energizer kini dilaporkan akan melancarkan telefon pintar dengan bateri yang lebih besar tidak lama lagi.

Energizer Power Max P18K Pro dikatakan bakal hadir dengan bateri 18,000mAh dengan spesifikasi lain yang masih tidak diketahui lagi. Setakat ini, Energizer baru sahaja mengumumkan lima model terbaharu yang mana dua daripadanya dilengkapi kamera depan yang boleh disembunyi.

Energizer Ultimate U620S Pop dan U630S Pop

Ultimate U620S Pop

Avenir Telecom dari Perancis selaku pengeluar telefon pintar Energizer mengumumkan Ultimate U620S Pop dan Ultimate U630S Pop dilengkapi kamera depan boleh disembunyi. Kamera depan didatangkan dengan sensor 16MP dan 2MP serta dipadankan dengan skrin 6.2-inci dan 6.3-inci masing-masing beresolusi HD+.

Ultimate U630S Pop

Pada kamera belakang, U620S Pop memiliki konfigurasi kamera 16MP + 5MP + 2MP yang turut dikuasakan cip pemproses MediaTek Helio P70, RAM sebesar 6GB, storan seluas 128GB, serta bateri berkapasiti 3,200mAh. Manakala U630S Pop menggunakan dwi kamera belakang 16MP dan 2MP bersama cip pemproses Helio P22, RAM sebesar 4GB, storan seluas 64GB, dan bateri 3,500mAh.

Energizer Ultimate U620S, U650S, dan U570S

Ultimate U620S merupakan telefon pintar dengan spesifikasi yang lebih rendah. Ia dipadankan skrin 6.2-inci HD+, cipset MediaTek MT6765, RAM sebesar 4GB, storan seluas 64GB, dan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Sementara pada Ultimate 650S pula, ia disokong cipset Helio P22, RAM 4GB, storan 128GB, bateri 3,500mAh, serta skrin bersaiz 6.5-inci. Perkakasan lain turut meletakkan dwi kamera belakang 16MP + 2MP disamping kamera depan 16MP.

Akhir sekali, Ultimate U5570S dilengkapi skrin yang lebih kecil berbanding yang lain melalui paparan 5.7-inci HD+. Telefon pintar ini menggunakan takuk untuk kamera depan 16MP. Kamera belakang pula didatangkan dengan dwi kamera 16MP + 2MP yang mana keseluruhannya dikuasakan bateri 3,000mAh, storan 32GB, dan pemproses empat teras (nama tidak didedahkan).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend