Enam Model Keluaran LG Kini Berupaya Menyokong Kamera Google Dengan Fungsi ‘Night Sight’ Comments Off on Enam Model Keluaran LG Kini Berupaya Menyokong Kamera Google Dengan Fungsi ‘Night Sight’

Google sebelum ini telah berjaya menarik perhatian banyak pihak apabila memperkenalkan fungsi penggambaran malam baharu iaitu ‘Night Sight’ bagi menghasilkan gambar yang terang dan cantik. Berikutan keupayaan penggambaran di dalam persekitaran gelap yang sangat baik, terdapat banyak pihak cuba untuk mengubahsuainya untuk disokong pada peranti Android yang lain.

Sebelum
Selepas

Baru-baru ini aplikasi kamera Google yang sebelium ini disokong secara eksklusif pada siri Google Pixel 3 telah mula ditawarkan pada enam model keluaran LG. Hasil modifikasi APK yang dibuat oleh ahli senior XDA iaitu cstark27, APK itu sudah boleh disokong pada model LG V20, LG V30, LG V35, dan juga LG G6.

Sebelum
Selepas

Berdasarkan kepada perkongsian, model LG G7 ThinQ dan juga LG V40 ThinQ juga boleh menyokong APK ini tetapi ia dilaporkan kurang stabil berbanding empat model yang dinyatakan.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend