EMUI berasaskan Android 10 Versi Beta Mula Ditawarkan Untuk Barisan HUAWEI Mate 20 Comments Off on EMUI berasaskan Android 10 Versi Beta Mula Ditawarkan Untuk Barisan HUAWEI Mate 20

HUAWEI nampaknya telah mula menawarkan antaramuka EMUI 10 untuk beberapa model mercu mereka. Kini tiba giliran empat model Mate 20 termasuk Mate 20 Pro, Mate 20 X, dan Mate 20 RS Porsche Design menyertai program beta ini.

Setelah semua pepijat dan isu diselesaikan, HUAWEI akan melepaskan kemas kini stabil pula tidak lama selepas itu. Pengguna untuk keempat-empat peranti yang disebutkan tadi boleh mendaftar minat bermula hari ini.

Sementara untuk telefon HONOR, tawaran yang sama juga diberikan untuk telefon HONOR 20, HONOR 20 Pro, HONOR V20, dan HONOR Magic 2.

Seperti biasa, program beta ini dibuka untuk pengguna domestik iaitu China dan akan tiba ke peranti global beberapa hari dari sekarang. Jadual berikutnya, ia akan diperluaskan ke peranti HUAWEI Enjoy 9S, HONOR 10 Lite, dan HONOR 20i.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend