EMUI 9 Untuk Siri Huawei Mate 9 Dan P10 Mula Dilepaskan Kepada Pengguna Di Malaysia Comments Off on EMUI 9 Untuk Siri Huawei Mate 9 Dan P10 Mula Dilepaskan Kepada Pengguna Di Malaysia 768

Bagi yang masih menggunakan telefon pintar siri Huawei Mate 9 dan siri Huawei P10, berita baik buat anda kerana telefon pintar ini dilaporkan telah mula menerima kemas kini perisian terbaru.

Antaramuka terbaru ini telah dilepaskan kepada pengguna di Malaysia dan akan tiba ke telefon pintar pengguna secara berperingkat.

Sedia maklum, EMUI 9.0 dijalankan di atas Android 9.0 Pie yang membawakan rekaan antaramuka yang lebih mesra pengguna. Ia menyertakan sistem navigasi penuh, sokongan Huawei Share 3.0, Wireless Projection, GPU Turbo 2.0, dan banyak lagi.

Pemilik peranti boleh menyemak kemas kini secara manual dengan pergi ke Settings > System > System Update > Check for Updates.

Jika kemas kini tidak dipaparkan, pengguna disarankan untuk menyemaknya melalui aplikasi HiCare. Pergi ke Aplikasi HiCare > klik pada checkbox dan tekan Apply. Seterusnya pergi ke Settings > System > System Update > Check for Updates > Download and Install.

melalui

Baca juga:

[Tips] Aktifkan Fungsi ‘WiFi Bridge’ Pada Peranti EMUI 9.0/9.1 Untuk Memperluaskan Rangkaian WiFi

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend