EMUI 9.1 Untuk Telefon Pintar HUAWEI Terpilih Akan Mula Diterima Bermula Minggu Depan Comments Off on EMUI 9.1 Untuk Telefon Pintar HUAWEI Terpilih Akan Mula Diterima Bermula Minggu Depan 265

HUAWEI Malaysia sebelum ini pernah mengumumkan ketersediaan kemas kini EMUI 9.1 untuk peranti terpilih keluarannya yang dilaporkan akan mula diterima bermula bulan Julai ini, tetapi tiada tarikh spesifik penerimaan kemas kini itu didedahkan secara rasmi.

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya HUAWEI India baru-baru ini telah mendedahkan tarikh spesifik ketersediaan kemas kini EMUI 9.1 untuk tujuh model keluarannya untuk pengguna di negara itu. Berdasarkan laporan di Internet, HUAWEI P20 Lite merupakan model pertama yang dikatakan sudahpun menerima kemas kini EMUI 9.1 bermula minggu ini.

HUAWEI Y9 (2019) yang dijual pada harga RM819 ini turut tersenarai sebagai salah satu peranti yang akan terima kemas kini EMUI 9.1.

Manakala empat model lagi iaitu HUAWEI Y9 (2019), Nova 3, Nova 3i dan juga Mate 20 Pro dilaporkan akan mula menerima kemas kini itu bermula minggu depan iaitu 24 Julai 2019. Menurut laporan yang diterima, HUAWEI P30 Lite (lebih dikenali sebagai Nova 4e di Malaysia) dan P20 Pro pula akan menerima EMUI 9.1 ini pada 7 Ogos depan.

Melalui pendedahan ini, berkemungkinan pemilik peranti HUAWEI terpilih di Malaysia juga akan turut menerima kemas kini EMUI 9.1 itu dalam tempoh masa yang sama. Ini berikutan HUAWEI Malaysia sendiri pernah mengumumkan ketersediaan kemas kini itu bermula Julai ini.

sumber

Baca juga:

Rasmi: HUAWEI Malaysia Umum Tarikh Ketersediaan EMUI 9.1 Untuk Semua Peranti

Apa Keistimewaan EMUI 9.1 Berbanding Versi EMUI Sebelum Ini?!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend