EMUI 9.1 Beta Pada Siri Mate 20 Sedang Dibaiki, Versi Stabil Akan Dilepaskan Tidak Lama Lagi Comments Off on EMUI 9.1 Beta Pada Siri Mate 20 Sedang Dibaiki, Versi Stabil Akan Dilepaskan Tidak Lama Lagi 251

Dua minggu lalu Huawei telah melepaskan kemas kini beta untuk EMUI 9.1 pada peranti Mate 20, Mate 20 Pro, Mate 20 X, dan Mate 20 RS Porsche Design di China. Dalam kemas kini tersebut, Huawei turut menyertakan fungsi baharu iaitu sokongan sistem fail EROFS dan GPU Turbo 3.0.

Memandangkan sistem beta ini didapati mengalami masalah berhubung perisian, Huawei kini dilaporkan sedang membaiki dan menampal pepijat sedia ada pada versi yang akan datang. Menariknya versi akan datang adalah merupakan versi stabil memandangkan versi beta kini berada dalam peringkat akhir.

Berikut adalah senarai nombor model siri Huawei Mate 20 yang boleh menaik taraf ke EMUI 9.1 beta:

  • Huawei Mate 20 → HMA-AL00, HMA-TL00
  • Huawei Mate 20 Pro → LYA-AL00, LYA-AL10, LYA-TL00
  • Huawei Mate 20 X → EVR-AL00, EVR-TL00
  • Huawei Mate 20 RS Porsche Design → LYA-AL00

Siri Huawei Mate 20 kini ditawarkan pada harga lebih rendah berbanding sebelumnya. Sebagai contoh, untuk Mate 20 ia kini dijual pada harga RM2,399 dan bersempena ulang tahun ke-5 Huawei Official Online Store, berbagai promosi boleh didapati pada harga yang lebih menarik.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend