EMUI 9.1 Beta Dengan Sistem File EROFS dan GPU Turbo 3.0 Kini Tersedia Untuk Siri Huawei Mate 20 Comments Off on EMUI 9.1 Beta Dengan Sistem File EROFS dan GPU Turbo 3.0 Kini Tersedia Untuk Siri Huawei Mate 20 650

Hari ini pemilik siri Huawei Mate 20 iaitu terdiri daripada model Mate 20, Mate 20 Pro, Mate 20 X dan juga Mate 20 RS Porsche Design di China dilaporkan sudah mula menerima kemas kini EMUI 9.1 versi beta.

Tampil dengan versi 9.1.0.115, EMUI 9.1 beta ini dikatakan akan menjanjikan penambahbaikan untuk tiga aspek utama iaitu dari segi penampilan estetik pada antaramuka, prestasi 20% lebih pantas dengan sokongan sistem fail EROFS (berbanding sistem fail EXT4) serta GPU Turbo 3.0, dan juga pengalaman pintar dengan pelbagai fungsi baharu.

Selain daripada penambahbaikan seperti yang dinyatakan, EMUI 9.1 versi beta ini juga turut menawarkan tampalan keselamatan Android untuk bulan April 2019. Berikut adalah senarai nombor model siri Huawei Mate 20 yang boleh menaik taraf ke EMUI 9.1 beta:

  • Huawei Mate 20 → HMA-AL00, HMA-TL00
  • Huawei Mate 20 Pro → LYA-AL00, LYA-AL10, LYA-TL00
  • Huawei Mate 20 X → EVR-AL00, EVR-TL00
  • Huawei Mate 20 RS Porsche Design → LYA-AL00

→ Miliki peranti Huawei secara eksklusif di Huawei Online Store

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend