EMUI 10 Versi Stabil Untuk Siri P30 Dan Siri Mate 20 Akan Mula Diterima Pertengahan Bulan Ini Comments Off on EMUI 10 Versi Stabil Untuk Siri P30 Dan Siri Mate 20 Akan Mula Diterima Pertengahan Bulan Ini 172

Sebagaimana yang kita sedia maklum, pemilik siri HUAWEI P30 dan juga siri HUAWEI Mate 20 sudahpun menerima kemas kini EMUI 10 berasaskan Android 10 versi beta. Menariknya HUAWEI baru-baru ini telah mula mengemaskini senarai telefon pintar keluarannya yang akan menerima kemas kini versi stabil dan juga beta.

Siri HUAWEI P30 dan siri Mate 20 merupakan antara peranti terawal daripada HUAWEI yang akan menerima kemas kini EMUI 10 versi stabil.

Berdasarkan senarai yang dikongsikan di Weibo, HUAWEI P30 dan P30 Pro akan mula menerima kemas kini EMUI 10 versi stabil bermula pertengahan bulan ini. Manakala untuk model Mate 20, Mate 20 Pro dan juga Mate 20 X pula akan menerima kemas kini versi stabil ini bermula pertengahan hingga hujung bulan November ini.

Selain itu, untuk model Mate 10, Mate 10 Pro, Mate 10 Porsche Design, Mate RS Porsche Design, P20, dan P20 Pro pula akan menerima kemas kini EMUI 10 versi beta bermula penghujung bulan November 2019 nanti.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend