EMUI 10 Kini Telah Dioperasikan Pada Lebih 10 Juta Unit Telefon Pintar Di Seluruh Dunia Comments Off on EMUI 10 Kini Telah Dioperasikan Pada Lebih 10 Juta Unit Telefon Pintar Di Seluruh Dunia

Baru-baru ini HUAWEI telah mengumumkan bahawa antaramuka EMUI 10 berasaskan Android 10 yang diumumkan secara rasmi pada bulan Ogos yang lalu telahpun memiliki lebih daripada 10 juta pengguna di seluruh dunia. Angka ini termasuklah yang dioperasikan pada telefon pintar keluaran HUAWEI dan juga HONOR.

Ketersediaan kemas kini EMUI 10 ini dilihat agak memberangsangkan kerana pada penghujung bulan November 2019 yang lepas, HUAWEI telahpun mengumumkan bahawa lebih 1 juta unit telefon pintar telah dioperasikan dengan antaramuka EMUI 10 dan termasuk Magic UI 3.0.

Selain siri HUAWEI Mate 30 yang telah siap dioperasikan dengan antaramuka EMUI 10, terdapat sebanyak 33 model telefon pintar keluaran HUAWEI dan HONOR yang sudahpun menerima kemas kini rasmi untuk EMUI 10. Ini termasuklah siri HUAWEI P30, siri Mate 20, siri Mate 10, Nova 4e, HONOR View20 dan banyak lagi.

sumber

Baca juga:

EMUI 10 Kini Telah Dioperasikan Pada Lebih 1 Juta Peranti HUAWEI Dan HONOR

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend