EMUI 10 Beta Untuk Pemilik Global Siri HUAWEI Mate 20 Dan Nova 5T Bakal Diberikan Bermula 8 Oktober Comments Off on EMUI 10 Beta Untuk Pemilik Global Siri HUAWEI Mate 20 Dan Nova 5T Bakal Diberikan Bermula 8 Oktober 244

Bagi pemiliki siri HUAWEI Mate 20 dan juga Nova 5T yang sudah sudahpun mendaftar untuk menyertai kemas kini EMUI 10 Beta berasaskan Android 10, anda akan mula menerima notifikasi untuk memasangnya bermula 8 Oktober 2019.

Menurut komen balas yang dikongsikan oleh HUAWEI Mobile melalui akaun Facebook rasminya, EMUI 10 Beta Test akan mula diberikan kepada pengguna yang terpiih bermula esok iaitu 8 Oktober 2019 nanti. Pemberian kemas kini tersebut akan diberikan kepada pengguna melalui kaedah OTA (Over The Air).

Memandangkan EMUI 10 Beta Test ini merupakan platform yang digunakan oleh HUAWEI untuk menguji kestabilan kemas kini tersebut, ia mungkin akan berhadapan dengan isu ataupun bugs. Jadi bagi memastikan isu tersebut dapat diperbaiki dalam kemas kini EMUI 10 versi stabil, anda disarankan untuk menyalurkan maklum balas terus melalui aplikasi HUAWEI Beta.

Baca juga:

33 Model Keluaran HUAWEI/HONOR Disahkan Akan Terima Kemas Kini EMUI 10 Beta

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend