EMUI 10.1 Untuk HUAWEI MatePad Pro Kini Sudah Boleh Dimuat Turun, Kini Sokong MeeTime Comments Off on EMUI 10.1 Untuk HUAWEI MatePad Pro Kini Sudah Boleh Dimuat Turun, Kini Sokong MeeTime

Awal bulan yang lalu HUAWEI Malaysia telahpun melancarkan tablet terbaiknya iaitu HUAWEI MatePad Pro untuk pasaran tempatan pada harga RM2,399. Tidak sampai sebulan dijual secara rasmi, tablet Android ini sudahpun mula menerima kemas kini rasmi EMUI 10.1.

Hadir dengan fail yang sangat besar iaitu mencecah 4.55GB, kemas kini versi 10.1.0.116(C636E5R1P5) ini membawakan fungsi yang sebelum ini telah diperkenalkan secara eksklusif pada siri HUAWEI P40 iaitu MeeTime. Melalui fungsi ini, anda boleh membuat panggilan video HD dengan efek kecantikan dan juga fungsi perkongsian skrin.

Kemas kini EMUI 10.1 untuk MatePad Pro ini juga turut hadir dengan tampalan keselamatan Android untuk bulan April 2020. Anda boleh memuat turun kemas kini terbaharu ini secara OTA di menu Settings > System & updates > Software update.

Miliki HUAWEI MatePad Pro secara eksklusif di HUAWEI Online Official Store:

Untuk mendapatkan nilai belian lebih berbaloi, HUAWEI MatePad Pro juga boleh dimiliki dengan pakej bundle pada harga RM2,989 (RM3,197). Pembelian pakej ini akan turut menerima Smart Magnetic Keyboard dan juga M-Pencil.

Tonton video HUAWEI MatePad Pro:

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend